KisaH Cik EpaL


Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dari kanan ke kiri, kiri ke kanan, depan ke belakang, belakang ke depan, dan begitulah seterusnya. Tanpa rasa bosan sang angin melakukan kerjanya.

Kelihatan  beberapa orang remaja lelaki mengutip epal merah yang berguguran. Salah satu epal dimakan sambil berjalan pulang. 

" Cik Epal, kenapa kamu bermuram duka? ", kata Epal 1.

" Alangkah seronoknya saya jika menjadi seperti kalian ", kata Epal 2.

" Apa yang seronoknya menjadi seperti kami? "

" Manusia lebih suka mengambil kalian yang jatuh berguguran di atas tanah berbanding saya yang berada di atas pokok "

" Kamu salah Cik Epal. Kami lebih berbangga jika kami berada di atas pohon. Kami senang diambil ibarat barang yang tak berharga. Tak perlukan usaha untuk mendapatkan kami. Hanya perlu mengutip kami di atas tanah yang kotor ini. Tapi kamu, mereka perlu berusaha. Sama ada dengan memanjat pokok atau menunggu kamu sendiri yang menggugurkan diri . "


---------------------------------

wanita ibarat epal
epal yang tak berkualiti amat senang didapati
kerana ia berguguran di tanah
tetapi epal yang susah nak dapat berada di puncak
susah dipetik, susah dicapai
Allah menjadikan begitu tinggi martabatnya
hingga tiada siapa yang berani memetiknya
hanya pemuda yang benar-benar hebat yang mampu
mungkin bukan di dunia tapi di akhirat

-------------------------------

- Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi -


13 0 buaT aDuaN:

kay_are said...

ingat nak cte pasal blogger cik epal tu.. rupe nye betul2 epal.. betul2.. so kne jage diri sendiri lek lok ye =)

~eVerYtHiNG~ said...

jd epal yg tggi..yg susah dpt mst lg dihargai

Gimi said...

Kay_are...

Takkan nak kutuk Cik Epal lak..

Gimi said...

Everything....

Tul...

:)

Unknown said...

hm..sebenarnya susah untuk menghargai..

Gimi said...

Emm..

zuhanismohamed said...

berazam untuk emnjadi epal yg baik :)

Gimi said...

Zulhanismohamed...

Jom pakat ramai2...

Ceiler Mun said...

oyeahhh..setuju ngn entry ni....nk jd epal yg tinggi 2 :)

cha zainol said...

walaupun aku tak cukup tinggi tapi aku tetap nak paling tinggi :) ayoh.

Unknown said...

mmg kena la aku bace entry ni mase2 ni..mmg kena timing..

Unknown said...

toi tu gimi...nice entry

Gimi said...

Mai kawan-kawan...

 
hijau hazel Blog Design by Ipietoon