07 April 2015

Ubah!!! Ini KaliLaH!!!

2 0 buaT aDuaN
Assalamualaikum. Semoga hari ini kita berusaha menjadi lebih baik dari semalam. 

Okay, memang Gimi nak berkempen ni. UBAH!!!
Ini tiada kena mengena dengan PRU-14 akan datang.
Gimi tahu ramai yang tak puas hati akan pemerintahan sekarang.

Dengan GST, nilai mata wang turun, harga minyak yang mula turun kemudian naik dan naik, masalah dengan tunang lagi, bil elektrik, dengan masalah majikan yang asyik hentam korang tingkatkan prestasi lagi, etc.... 

Dah, nanti habis masalah ummah semua keluar. Semua yang Gimi listkan tadi tiada kena mengena dengan tajuk entry.

Jujurnya, masa sekolah dulu kurang minat dengan subjek Bahasa Melayu. Sebab kena study puisi, pantun bagai. Serius ubat krooh..krooh..
Tau ke krooh..krooh.. tu. 

Tapi semua berubah bila ada seorang kawan kenalkan Gimi dengan satu novel.

Dikarang oleh Hlovate.

Hlovate...nama yang tidak asing di kalangan peminatnya kerana petikan kata-kata di dalam setiap novel penulisannya. 

Salah satu kata-katanya yang boleh buat jantung aku terhenti sekejap, nasib baik sekejap je.
Kalau terus berhenti?


Setiap manusia semua ada buat salah. Tiada yang sempurna. Tapi kita mempunyai kuasa untuk mengubah diri sendiri. 

Ada ke kat sini yang body beliau dikawal remote control?

Masa sekolah dulu Gimi masih ingat bila cikgu suruh karang karangan bertajuk punca-punca permasalah remaja. Masa tu memang semua isi karangan lebih kurang sama je tak kira la karangan orang belakang ke, kelas sebelah ke, budak sekolah sebelah ke, mahupun budak luar negara.

Peduli apa masa tu nak kena fikir luar kotak bagai janji ayat tu la yang akan beri markah.

Bila dah dewasa dan tua ni baru la sedar diri yang faktor utama permasalahan remaja adalah diri sendiri. Tapi nama pun remaja, tak berapa matang lagi. Jadi ibu bapa kenalah main peranan. Cikgu sekolah pun sama. Okay, fine...alih-alih point yang buku bagi juga diambil.

Ehh...apa dah merepek ke bulan ni.

Macam Gimi bagitau tadi semua ada buat kesilapan. Cuma antara nak berubah atau tidak je.



Gimi sendiri akui banyak cabarannya bila kita nak ubah sesuatu yang sudah menjadi satu kebiasaan bagi diri kita. Contoh biasa pakai seksi, tiba nak pakai tutup litup bagai. Memang akan rasa panas dan tak selesa dengan pandangan orang yang pelik dengan perubahan kita. Mungkin akan la datang mulut-mulut yang tak berapa nak berinsurans yang menganjing akan perubahan korang.

Serius apa yang korang tengok dalam filem semua tu adalah benar-benar belaka. 

Asal buat baik je ada yang bawa mulut bagai.

Tapi sentiasa la ingat pahitnya tuh di sini, manisnya di sana.

Biar berpanas di dunia, jangan berpanas di neraka.

'' Wrong is wrong even if everyone is doing it. 
And right is right even if you are the only one doing it"
~Hlovate~

Kawan yang baik akan menunjukkan kepada kita jalan yang betul. Tapi kalau 
kawan kita tak baik jangan kita tinggal dia terkontang-kanting pula.
Kita ajak dia ke jalan yang betul. Sebab kalau kita tinggalkan dia sorang,
maka dengan jayanya kita bersubahat dengan syaitan
untuk menambah ahli kelab mereka.

Nauzubillahiminzalik
Moga dijauhkan oleh Allah dari perkara tersebut.





Popular Posts

 

hijau hazel Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review