16 November 2010

cinTa perLu bersebaB ke??

3 0 buaT aDuaN
Hubby:
Kenapa ayang sukakan abang? Kenapa cintakan abang?



Honey:
Abang, ayang tak tahu nak cakap macam mana tapi yang pasti ayang mencintai abang setulus hati dan sayang sangat kat abang.

Hubby:
Boleh tak ayang terangkan sebabnya? Macam mana ayang boleh cakap sayang abang tapi ayang sendiri tak tahu nak terang macam mana..

Honey:
Abang..memang ayang tak tahu macam mana nak meluahkan bagaimana rasa nya cinta ayang pada abang tapi percayalah hanya abang dalam hati ayang ni. Ayang boleh beri bukti yang ayang sangat cintakan abang.


Hubby:
Tak boleh beri bukti! No! Abang nak ayang terang sebabnya. Semua isteri dan teman wanita kawan abang boleh terang dekat kawan-kawan abang sebab mereka cintakan kawan abang. Ayang je tak boleh nak terangkan sebabnya..(dalam nada merajuk)

Honey:
(menarik nafas panjang)...
(Ish..laki ak ni, tak reti bahasa betul. Campak dalam gaung baru tau. Dah ak cakap tak reti, tak reti la. Lain la suruh jawab soalan matematik, boleh gak ak. Ish, tak bik lawan suami, tak cium bau syurga kang, tak memasal je ak)



Oklah....ayang cintakan abang sebab abang kacak, kaya, penyayang dan romantik sebab selalu nyanyi lagu cinta kat ayang. Abang juga selalu mengingati ayang. Ayang suka senyuman manis abang dan setiap tapak abang melangkah, di situlah cinta ayang bersama abang.

Hubby:
(Tersenyum puas)



Emm..kalau suami korang tanya soklan camni, korang tanya depa balik, boleh jawab ke tak? Ak ni, kalau lah ada pengukur cinta jual kat farmasi, dah lama beli...

02 November 2010

Graffiti yaNg woUw..

3 0 buaT aDuaN
Kepala dah tak berapa betul sebab baca law. Onion Icon Ceh, padahal baru baca setengah jam. Camne lah nak dekan macam ni kalau belajar sikit je dah nak merungut. Ish..ish..

Lepas tengok cite Ramona and Beezus tadi tetiba je rasa nak online jap. Tetiba rasa nak tengok graffiti. Kat ne nak tengok? Aku pun tanya la manusia-manusia kat sekeliling yang ada. Depa cakap cari la Julian ke, Wenner ke...

Entah sape la yang depa sebut, ak pun tak bape tau. Psss..memang tak tau pun. Maka pencarian pun bermula. Memang wow gila...

Cantik bai...MSN Onion Emoticons Bukan takat cantik je tapi kreatif gila. Camne dia buat, ak pun tak tau. Lu pikir la sendiri.

Nampak macam botol btul tapi sebenanye lukisan kat jalan je..kalau nak tau, ni la julian beever..
Ini plak Kurt Wenner..nak tengok banyak lagi korang tekan je nama dorang..
Ak rasa budak kecik tu pikir santa duk dalam longkang busuk...

Kalau betul ni tak tau la..

Memang tabik spring ar.. Kalau ak jalan-jalan kat sini ad lukisan camtu nak juga ak bergambar, ini tak. Jalan sana, kat wall pergi spray "Amir cinta Azura". Ada juga yang cantik tapi nampak macam tak siap warna je. Maybe kena kejar ngan pak cik polis kut.

Kalau ye pun nak buat vandalism pun, biar la tak menyusahkan orang. Ini rosakkan telefon ar. Tak ke membazir duit nak pergi baiki telefon tu pulak. Ok la, ak nak pergi sambung baca law lak...

Popular Posts

 

hijau hazel Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review