Lama x update blog.
Busy memanjang.
Dajjal bukan bermata satu. Dajjal bermata dua seperti manusia lain cuma mata kanannya buta dan mengecut manakala mata kirinya menonjol hampit terkeluar. Ini sebagai bukti bahawa Dajjal bukan Tuhan kerana Tuhan tidak cacat.
Sebelum kedatangan Dajjal, akan wujud dajjal-dajjal kecil. Dajjal-dajjal ini adalah para pendusta. Dajjal sudah lama wujud dan dajjal sedang menanti kemunculan Imam Mahdi.
" Sempat pulak ustaz buat lawak : Nama saya Mahdi. Saya seorang Ustaz. "
Kedatangan Yakjud Makjud adalah selepas tertumpasnya Dajjal.
Dajjal dan pengikutnya akan berkumpul di hadapan Madinah (kalau x silap). Dajjal boleh ke mana-mana sahaja kecuali Mekah dan Madinah.
Seorang lelaki yang kuat imannya keluar dari pintu Madinah untuk bertemu dengan Dajjal. Beliau dengan berani berteriak
" Kau pendusta !! "
Dajjal membelah lelaki tersebut dari bawah hingga kepala. Dan menghidupnya kembali. Lelaki itu masih mengatakan bahawa Dajjal itu pendusta.
Kemudian, keluarlah Nabi Isa untuk menumpaskan Dajjal.
Dajjal sangat takut kepada Nabi Isa kerana Dajjal tahu bahawa Nabi Isa yang akan menumpaskannya.
Waktu itu, Dajjal terus berpura-pura mengajak pengikutnya bersolat berjemaah.
Nabi Isa tidak tertipu dengan tipu helah Dajjal dan kemudian menumpaskan Dajjal.
Tertumpasnya Dajjal, barulah kedatangan Yakjud Makmud. Pengikut-pengikut Dajjal berselindung di sebalik celah-celah batu dan pokok-pokok. Pokok dan batu berkata 'di belakangku'.
Kecuali satu pokok. Ramai mengatakan bahawa pokok itu adalah pokok ru .
Sebenarnya, pokok itu seperti pokok zaitun.
Selepas itu, dunia aman dari manusia yang tidak beriman.
Tetapi manusia tidak lama tahan imannya dan ada yang mungkar. Ketika itulah berlaku kiamat di mana keampunan tidak lagi diterima.