UnTuk Emak


Lagu ni khas untuk ibu, mak, mama, mummy, ummi korang.

Memang best lagu ni.


bersinar kau bagai cahaya
yang selalu beri ku penerangan
selembut citra kasihmu kan
selalu ku rasa dalam suka dan duka

kaulah ibuku cinta kasihku
terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu

bagaikan embun kesejukan hati ini
dengan kasih sayangmu
betapa kau sangat berarti
dan bagiku kau takkan pernah terganti

kaulah ibuku cinta kasihku
terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu

kaulah ibuku cinta kasihku
pergorbananmu sungguh sangat berarti
kaulah ibuku cinta kasihku
terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu

kaulah ibuku cinta kasihku
terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu
sinari hidupku dengan kehangatanmu



-------------

" Mak, miss u "

KisaH Cik EpaL


Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dari kanan ke kiri, kiri ke kanan, depan ke belakang, belakang ke depan, dan begitulah seterusnya. Tanpa rasa bosan sang angin melakukan kerjanya.

Kelihatan  beberapa orang remaja lelaki mengutip epal merah yang berguguran. Salah satu epal dimakan sambil berjalan pulang. 

" Cik Epal, kenapa kamu bermuram duka? ", kata Epal 1.

" Alangkah seronoknya saya jika menjadi seperti kalian ", kata Epal 2.

" Apa yang seronoknya menjadi seperti kami? "

" Manusia lebih suka mengambil kalian yang jatuh berguguran di atas tanah berbanding saya yang berada di atas pokok "

" Kamu salah Cik Epal. Kami lebih berbangga jika kami berada di atas pohon. Kami senang diambil ibarat barang yang tak berharga. Tak perlukan usaha untuk mendapatkan kami. Hanya perlu mengutip kami di atas tanah yang kotor ini. Tapi kamu, mereka perlu berusaha. Sama ada dengan memanjat pokok atau menunggu kamu sendiri yang menggugurkan diri . "


---------------------------------

wanita ibarat epal
epal yang tak berkualiti amat senang didapati
kerana ia berguguran di tanah
tetapi epal yang susah nak dapat berada di puncak
susah dipetik, susah dicapai
Allah menjadikan begitu tinggi martabatnya
hingga tiada siapa yang berani memetiknya
hanya pemuda yang benar-benar hebat yang mampu
mungkin bukan di dunia tapi di akhirat

-------------------------------

- Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi -


Ak saYang Le



Buku Sang Perwira ditatap dengan penuh khusyuk. Sesekali mataku menjeling-jeling ke luar rumah.

Mana kau?

Fuhh..selamat. Hati ak tenang bila kau takde.

Bukan ak tak suka kau, cuma ak menyampah dengan sifat ko yang gedik tu.

Asyik nak mengatal dengan ak. Pergilah cari orang lain yang suka kau.

Ak terima kau pun sebab adik ak je.

Bukan sebab kau comel ke apa ke.

baby cry

Satu hari, kau hilang. Adik nagis-nagis cari kau. Mak risau, abah risau apatah lagi nenek kat kampung pun risau. Mujur jiran nenek ak je tak call tanya pasal kau.

Petang tu, ak ternampak kau bawah pokok. Kau nampak lain.



Ak hampiri kau. Bau kau kalah bau bangla seberang.

Kau nampak lemah. Mata kau basah.

Kau menangis.

Mulutku terkunci. Atas dasar perikemanusiaan, ak bawa kau  masuk rumah.

" Mak, abah, adik, semua dalam rumah ni le.. "

" Dah jumpa Tun ni "

Adik ambil kau dari ak. 

Ak tengok adik menangis tak terkata.

Adik bawak kau pergi bilik air. Derusan air kedengaran dan juga jeritan kau.

Ak tak tahu kenapa, hati ak rasa sayu sangat bila dengar tangisan kau. Mak abah pun sedih.

Damm..

Ak nak pergi cari siapa yang buat kau macam tu.

Siasatan dijalankan. Suspek dikesan.

Ak dapat tahu jiran sebelah yang buat. Milah ... 

Milah, ak tahu kau dengki kat Tun. Tapi tak patut kau buat macam tu.

Kau siram minyak panas dekat Tun pasal pe?

Mujur je Tun tak pandai bercakap, kalau tak dah lama kau (Milah) masuk lokap. 

Kau menghilang lagi. Maybe kau malu sebab kau dah tak comel.

Tapi apa ak kisah. Janji sekarang ak sayang kau.


' Sayangilah kucing anda '

---------------------------------------------

Milah, cepat-cepat la kau mintak ampun kat Tuhan atas apa yang kau buat.



NinjA TurtlE




Gurau je.


Rasa dah macam 'exam week'. Join contest je kerjanya. Assignment dalam laptop dah terlolong-lolong minta disiapkan. Kalau le depa tu boleh bercakap, maunye depa post komen kat blog

" Gimi, cepat le siapkan assignment. Ak dah sesak duduk dalam laptop ko ni. Kalau sedia air cond takpe gak. Ini cooler je. Cooler 5 ringgit la tu. Cepat lah weh. Nanti nak print, cari awek yang cun-cun sikit. Jangan bagi kat Betty kedai hujung tu. : P "


Ya Allah

KLIK
Hijau...Green....Qingse


Rasa tenang bukan?

Siapa kata TAK sila daftar diri di kaunter terapi mental.

Ak nak siapa yang datang blog ak rasa tenang. Jangan stress-stress. 

Yang patut korang stress bila bangun pagi nak pergi kerja, tengok kereta korang hijau semacam sebab dah lama tak basuh. 



Apa saja yang berkaitan dengan hijau membawa unsur yang baik. 


' Teh hijau bantu cegah bau mulut. '

Siapa yang bangun-bangun je terus terjah blog ak ni memang digalakkan. Tak payah gosok gigi dah. Tapi korang tak digalakkan bercakap dengan orang berdekatan korang. Tak memasal kena call ambulans pulak and korang kena masuk lokap sehari. 

Hijau juga adalah salah satu warna kegemaran Rasulullah S.A.W. 

Ashraff Muslim pun suka hijau
Apa pun, warna lain pun cantik dan ada keistimewaannya. Ak suka juga warna lain tapi paling menarik perhatian warna hijau. Jangan kita bergaduh sebab warna blog lain-lain. Kita bergabung sebab kita sama-sama blogger. 

" Peace no War "



korang di Tag





Ak kaTa


Ekha Miranda tag Gimi 

" Ak cuba "

KLIK banner kalau nak JOIN

Puas ak mengodek blog Edy tapi semuanya tak kena dengan jiwa ak sebab ak tengah lapar sekarang ni.

So, ak pilih 


" cinta itu indah "

-------------------

Jangan komen kata ak tengah mood jiwang. Cinta ini ada banyak kategori. Bukan pada kekasih je. 

Cinta pada Pencipta.
Cinta pada Rasul.
Cinta kepada ibu bapa.
Cinta pada sahabat. 

Kenapa ak kata statement macam tu? Emm..siapa pernah tengok Para Para Sakura?

Siapa pernah tengok, so faham apa ak maksudkan.

Cinta itu indah seperti pelangi. Hati terbuai-buai akan keindahannya. Hanya kita yang memahami perasaan itu. Pemilik hati yang hakiki. 

--------------------

Ok, ak nak tag


ContesT LaGiii


" Siapa sampai last, kena cium mulut awek tu "


Muah!!!



Ak nak join contest ni. 

Nak 'JOIN' sila tekan banner ni..

" KALAU AK DOREMON "

PERTAMA

Ak beli sebijik burger malaysia pastu titis dengan " cecair berganda " . Ni memang feveret ak ni. Sekarang dah tak dapat merasa beli tiga Rm1, so.. ni jelah alternative ak nak makan banyak. 

 

KEDUA

 

Pergi kelas lenggang hantu Kak Limah je. Dah ada poket serbaguna tu, buat apa ak nak bawa beg pulak kan?   Balik kampung pun bawak diri je. Tak payah susah-susah tarik beg roda. Baju busuk pun sumbat dalam poket je.

KETIGA


Pergi kelas atau ke mana-mana dengan ' PINTU SUKA HATI ' . Ak ni semput sokmo tiap kali panjat bukit nak pergi kelas. Sampai kelas tertido kepenatan. Tak ke rugi tu. Nak pulak, Rapid KL sekarang sekali naik kena bayar. Tak macam dulu, satu tiket satu hari.

KEEMPAT

Emm..nak bagi tau ke tak?  Ok la, ak bagi tau. Ak akan guna pen ajaib masa test dan tutorial. Time exam, tak boleh la. Nanti berkarat pulak otak ak ni tak berfikir. Test dengan tutorial takpe la, sebab ak tahu, korang pun bukan buat sendiri, kerja mengopi je tahu nye.

KESIMPULAN

Memang mengarut lah kalau ak jadi Doremon ni. Apa pun....

 Nak makan banyak, buat sendiri.

Malas bawa beg, tak payah belajar je senang. Pergi jadi kuli angkat besi. Mana lagi berat?

Malas jalan? Time tu la ak nak bersenam.  Zaman dulu, sekolah rendah pun dah berjalan berkilo-kilo meter. Takde monteng kelas macam ak ni.

Nak dapat result gempak, kena la usaha sendiri. Pastu, banyak-banyak la berdoa dekat Tuhan. 

Pesanan ikhlas : " Jangan pasni doa mintak burger malaysia pulak "

Sebab join contest ni, ak kena tag 3 orang..

So, bintang bertuah adalah :

Onion Head emoticon

Maryam
Fda
Jaja

------------------

Kat sini ak nak ucap  Milk Box emoticon XIE XIE NIMEN kat korang yang sudi FOLLOW ak, dan Fda yang rajin melawat walaupun berkali-kali ditahan Onion Head emoticon  Pak Guard. Jangan marah Milk Box emoticon Fda, nanti Gimi jadi Doremon, tukar Fda jadi Teletubis..... 

Suka x teletubis?

Aku KoMpiUs


AK CONFUSE


Korang rasa orang ni sebenarnya KEMUT atau BUDAK BAIK?

KES 1 :


Bila kawan ajak tengok wayang. 


" Mak aku tak bagi tengok wayang la.. " 

SEBENAR :
 Baik cuci mata. Dua tiga hari lagi ada la yang tanya " Yob, ko nak cite tak? "

KES 2 :


Bila ajak makan dekat Secret Recipe.
" Perut aku tak boleh terima makanan macam tu. Jom pergi Ani Sup.Sup dia superb lo. "

SEBENAR :

" Dah la mahal, rasa boleh tahan tapi sedap lagi mak aku masak. "

KES 3 :


" Jom karoeke. "

" Tak nak, mak aku tahu nanti mahu kena sembelih aku . Aku kalau pegang microfon tu, tak pas kat korang dah. "

SEBENAR :

" Seram je aku tengok tempat nak karok. Baik nyanyi dalam bilik air je. Free je. "

KES 4 :

" Beli la handset baru. Dah uzur benar aku tengok fon kau tu. "

" Ish.. elok lagi ni. "

SEBENAR :
 Nak tunggu fon tu turun harga.

-----------------------------------------

Sebenarnya, yang buat ak lagi confuse....

timeline of actors from harry potter31    timeline of actors from harry potter32
Tetiba Neville LOngbottom jadi butterfly. Ulat bulu yang transform jadi butterfly.





 
hijau hazel Blog Design by Ipietoon