16 November 2010

cinTa perLu bersebaB ke??

Hubby:
Kenapa ayang sukakan abang? Kenapa cintakan abang?



Honey:
Abang, ayang tak tahu nak cakap macam mana tapi yang pasti ayang mencintai abang setulus hati dan sayang sangat kat abang.

Hubby:
Boleh tak ayang terangkan sebabnya? Macam mana ayang boleh cakap sayang abang tapi ayang sendiri tak tahu nak terang macam mana..

Honey:
Abang..memang ayang tak tahu macam mana nak meluahkan bagaimana rasa nya cinta ayang pada abang tapi percayalah hanya abang dalam hati ayang ni. Ayang boleh beri bukti yang ayang sangat cintakan abang.


Hubby:
Tak boleh beri bukti! No! Abang nak ayang terang sebabnya. Semua isteri dan teman wanita kawan abang boleh terang dekat kawan-kawan abang sebab mereka cintakan kawan abang. Ayang je tak boleh nak terangkan sebabnya..(dalam nada merajuk)

Honey:
(menarik nafas panjang)...
(Ish..laki ak ni, tak reti bahasa betul. Campak dalam gaung baru tau. Dah ak cakap tak reti, tak reti la. Lain la suruh jawab soalan matematik, boleh gak ak. Ish, tak bik lawan suami, tak cium bau syurga kang, tak memasal je ak)



Oklah....ayang cintakan abang sebab abang kacak, kaya, penyayang dan romantik sebab selalu nyanyi lagu cinta kat ayang. Abang juga selalu mengingati ayang. Ayang suka senyuman manis abang dan setiap tapak abang melangkah, di situlah cinta ayang bersama abang.

Hubby:
(Tersenyum puas)



Emm..kalau suami korang tanya soklan camni, korang tanya depa balik, boleh jawab ke tak? Ak ni, kalau lah ada pengukur cinta jual kat farmasi, dah lama beli...

3 0 buaT aDuaN:

ziyra said...

meh haku tny dulu kat laki aku semula,baru haku bagi jawapan aku..nak pakse bini jwb lak..hehehe

Gimi said...

haha..cepat tanya..
pastu bagitau kat saya pe jawapan dy ek?

Novelgurl said...

Haha..pe nie..men paksa2 ! =P

Popular Posts

 

hijau hazel Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review