Saman..jangan tak samaN

Berita ini pasti mengembirakan semua pemandu yang tak suka tersekat dengan kesesakan lalu lintas aka jem. Ye ke ejaan macam tu? Ah..lantak ar, janji sama makna. 



KUALA LUMPUR 13 Jan -- Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.
Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).



"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.
"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.
"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini.


Memang patut pun buat macam ni. Ak minggu lepas, bengang betul sebab tersekat dekat setengah jam juga la. Nasib baik bukan ak yang bawa kalau tak lagi jem teruk sebab ak maybe dah tido dalam kereta masa tu. Ak memang jenis pening sikit kalau duduk lama dalam kereta. Tu pasal yang tido tu. 

Ak pulak pikir kemalangan teruk sangat kut sampai lama sangat. Rupanya, kereta 2 buah je. Kemalangan tak la teruk sangat. Kira jem ni sebab semua nak tengok kereta yang excident. Kalau pergi menolong tahan la jugak.




2 0 buaT aDuaN:

intan said...

huh tolong tengok je..
bukan tolong selamatkan ye dak?
aiyayai..

Gimi said...

betul tu intan..
patut pergi tolong..

 
hijau hazel Blog Design by Ipietoon