Aaachooom!!


Mengimbau kenangan pergi trip ke Cameron masa darjah 6.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Cameron Highlands Malaysia

Di pagi hari yang dingin, ak bergolek ke kiri dan ke kanan. Ku tenung setiap muka-muka yang tengah  dok baring terlentang. Ada yang tengah garu muka, ad yang air liur basi tengah mengalir deras.

Aisemen..

Camera secondhand ak dicapai, maka satu pic yang cun melecun pun tercipta.
Kalau lah zaman tu dah ad facebook...

(korang pikir apa?)

Ak tengok jam kat tangan. Dah kul 5.45 pagi. Cantik sangat la tu. Subuh pukul 6.00. Mahu mak ak sujud syukur sebab anak dia bangun awal gila. Kalau dekat rumah, mau tercabut pintu kena ketuk sebab nak gerakkan ak bangun subuh..

Ni la hotel ak menginap dulu

Ceh..padahal ak bangun awal sebab dah sejuk gila..

Before semua bangun, baik ak g mandi dulu. Nanti tak payah berebut-rebut.

Maka misi pun bermula..

Air kat tub dipasang. Telek-telek muka kat cermin sambil gosok gigi.
Badan dah mengigil-gigil gila sebab sejuk. Memang dah tak sabar-sabar nak terjun mandi dalam tub. Ye ar, kat rumah tak jumpa benda-benda camni. Kat hotel la nak merasa. Wap-wap yang terkepul-kepul dari tub buat ak makin teruja. 


Tak pernah bep mandi air panas. 

(tipu ar..masa baby dulu ak mandi je air panas)


Naik birai tub tu and terjun...

Ngee...

Mak!!!! Sejuk gila bagai semua ada...

Rupanya ak salah pasang paip daa.. Ak pasang air sejuk. Mana lah ak tau. Paip tu ad 3 fungsi.
Kiri sejuk..kanan panas..tengah biasa..
Adoyai..
Tak memasal je kena selesema..

Pagi tu ramai pakat gelakkan ak.. Kureng betul la..

Acchoom!!

Tengah selesema tu, sempat gak ak beli strawbery untuk mak sebab bagi ak g trip

8 0 buaT aDuaN:

chesakinah said...

huyoo... shoq kot g trip time sekolah rendah..
nak2 g camron.. ngan kawan2 lak tu.. :)
skang awak dah dajah brape? hehehe.. saje je melawak.. salam kenal! xD

Nadia Mashuri said...

huhu..
kesian die..
tp pengalaman yg best kn?

nadira shahid said...

wah, best2.. tp skarang cameron x sejuk mcm dulu..

amny said...

nk2 strwberi...!!

heheheheheh...

SI MILLY'S said...

hehe, comel ! penuh aksi entry ni :)

Gimi said...

nadira
betul..sekarang cameron dah tak sejuk macam dulu

Gimi said...

milly molly..
yup, suka aksi union tu..
xmo nanti molly datg blog, stress lak..
kita mau hepi sokmo..

Unknown said...

sonok2.......
cian die selseama p trip..hehe

 
hijau hazel Blog Design by Ipietoon