Segmen: Ben Ashaari SoaL CinTa

Tutup tengah malam ni...

 
Tepat jam 12 malam...
Ding..ding..ding..

Rasa dah macam Cinderella la pulak..

Lelaki pilihan anda?

Mestilah yang boleh membimbing ke jalan yang lurus. Yang bengkang bengkong kang tak memasal ak terbabas sekali. Kalau boleh, macam abah ak.

Perlukah lelaki SEKSI? Definisi seksi bagi anda?

Tak perlu seksi. Kalau seksi, takut mak dan bapa mentua termuntah lak... Bagi ak, seksi tak bermaksud pakai ketat or tak pakai baju. Tu GELI adalah. Entah...ak pun tak tahu.

Lelaki pastinya sanggup berkorban demi cinta...apakah anda rasa lelaki hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda?

Ada sebahagian lelaki begitu. Ada sebahagian lelaki tidak. Semua lelaki berbeza. Seperti wanita. Apa terjadi selepas menerima cinta ak, ak tak tahu sebab takde pengalaman lagi...

Pastinya anda tidak sanggup bermadu bukan? Kenapa?

Tengok kepada keadaan. Sekarang tengah hot pasal poligami. Ak setuju bermadu kalau ak tak boleh bagi zuriat. Kalau.... ok.... Tujuan perkahwinan adalah untuk meramaikan umat. Nak pulak sekarang perempuan lagi ramai dari lelaki. ( sila jangan serang Gimi )

Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain, apakah yang anda lakukan?

Ak tikam je kekasih ak tu. Haha.. Takde le... Cari orang yang menghargai diri ini. Kumbang bukan seekor..banyak lagi kumbang lain..kumbang tanduk ada..kumbang tanah ada.. apa lagi?

Lelaki atau perempuankah mudah berlaku curang?
 
Dua dua mudah berlaku curang. Pantang bini curang, laki pun nak curang jugak. Bukan nak selesaikan masalah. Ini facebook punya pasal... ( Jangan nak memandai salahkan facebook)

Setia...pada pendapat anda, siapakah yang lebih setia pada cinta? Apakah buktinya?

Kesetiaan perlukan bukti juga ke? CSI pun tak guna bukti tu. Kalau ak tanya mak dengan abah ak ni, maunya kena ceramah. Yang ak tahu, dua dua setia. Bukti...ak pernah call ayah ak masa mak ak kena denggi. First time ak dengar ayah ak nangis. 

Kedua...mak ak pulak. Masa kena demam denggi tu, memang dia rasa tak larat sangat. Tapi, bila dia tengok ayah ak tak terurus. Dia gagahkan diri minum 100plus. Dia cakap ' dia kena kuat untuk abah ak'....

Apakah anda seorang yang mudah cemburu?

Cemburu? Emm... ak ni jenis payah nak cemburu. Memang kesian kat bakal laki ak. Cemburu tu bagus sebab boleh mengeratkan kasih sayang. Yang terlebih tu yang tak bagus.



12 0 buaT aDuaN:

Gimi said...

Berjela la pulak entry kali ni..

iManAzRaf said...

hahaha.. seksi-GELI..

Gimi said...

Iman...

=D

dya adriza said...

hehe..kelakar..

Dearie Pearls said...

haha.. senyum2 baca..

*lawanyer font blog Gimi...

Prince said...

entry yg sgt bagus...
...:)

sy ni newbiee lagi...
datnhg dari blog abg ben..
jom bce info mnarik tentang petua orang2 tua untuk jga kecntikan tubuh badan...laki n pmpn..:)x

adan said...

nice entry.. haha

Gimi said...

Dearie Pearls...

Tq..

:D

Gimi said...

Prince...

Selamat datang ke dunia artis..
eh, blogger

Ceiler Mun said...

serius la xmudah cemburu..hehe..bestnye jadi mcm 2..:)

Gimi said...

Bella Bell..

Hehe...entah ar..

Anonymous said...

Salam bgs2^^ bkl isteri spela nie.hehe.

 
hijau hazel Blog Design by Ipietoon