I'm Back


Hampir 4 bulan lebih Gimi tidak menjenguk blog kerana kesibukkan yang melanda. Buka-buka saja blog, sudah banyak perubahan yang dilakukan. Nampak lebih kemas pada pendapat Gimi.

Maaf, kualiti gambar biasa-biasa je.

Gimi baru sahaja selama seminggu menjadi cikgu di sebuah sekolah. Hari pertama di sekolah, memang fail.  Baru Gimi tahu tanggungjawab seorang guru beratnya seberat mana. Bukan mudah bagi seorang guru untuk mengawal keletah-keletah anak murid yang pelbagai.

Hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya berlalu. Pada hari kelima barulah Gimi dapat mengawal tindakan mereka. Gimi memang tak pandai bab marah-marah ni. Mungkin buat masa ni. Haha... Bila dah bertukar Hulk nanti, ada kemungkinan.

Cikgu yang dah bertukar Hulk di meja guru.
Gimi perhati, pelajar di sini senyap di dalam kelas bila guru yang mengajar itu garang. Gimi tak mahu la garang-garang, nanti cepat tua. Haha... Itu kata salah seorang pelajar kepada saya. Sepanjang di sini, banyak juga komen-komen dari pelajar.


Contohnya:

  • Cikgu tak garang, sebab tu budak-budak tak takut.
  • Muka cikgu ni nampak baik je, sebab tu dorang buli cikgu.
  • Suara cikgu lembut sangat.
Haila, banyak songeh pula mereka ni. Macam la Gimi masuk rancangan Mentor ke apa. Muridku tersayang, cikgu tak nak pelajar yang takut dengan cikgu, tapi yang hormat cikgu. Muka cikgu ni memang tak boleh ubah sayang oi, but don't judge a book by its cover, okay?. Bukan suara cikgu yang lembut, tapi kamu semua nak bercakap memang tak dengar la suara cikgu. 


 Apapun, pelajar-pelajar ni memang takut kalau cikgu garang. Masuk kelas Darjah 1,2,3 boleh lagi berlembut. Masuk kelas Darjah 4,5 memang kena muka serius. Bukan sebab mereka nakal. Sebab cuak punya pasal. Sampai banyak kali perkataan 'OK' pula time mengajar.

Masa mengajar, Gimi rasa macam bercakap stail Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Ni kes tengok video Johan punya pasal. Pada mulanya, Gimi rasa susah sedikit sebab belum menerima buku teks. Kira masuk kelas je, pinjam sekejap buku pelajar, basuh-basuh otak yang dah karat sikit baru mengajar.


Kelmarin ambil buku teks di bilik SPBT, dapatlah study sikit sebelum masuk kelas. Tugas cikgu yang agak mencabar Gimi rasa adalah untuk memastikan pengajaran kita pada hari itu mencapai objektif. Anak-anak murid setiap dari mereka bukanlah sama. Ada yang cepat memahami apa yang diajar, ada yang lambat.

Nak pula, ada pelajar yang tak faham langsung apa yang cikgu cakap. Dalam kelas Gimi, seorang pelajar ni memang tak faham Bahasa Melayu. Bila nak suruh dia buat apa-apa, kena speaking. Di rumah, katanya bahasa yang digunakan hanyalah BI. Ada juga pelajar yang kita tanya soalan, menangis pula. Cuak juga, tiba-tiba menangis. Mana tahu kena gigit dengan ulat ke apa.

Lagi satu pengalaman Gimi, ada seorang budak ni dia kepalanya terlentang atas meja. Puas Gimi gerakkan badan dia. Takut jugak, pengsan ke apa. Ada dekat 2 minit. Bila bangun tu, kawan yang depan ni cakap "Nasib baik hidup lagi." Haish budak-budak ni.

Okay, Gimi rasa tu je yang dapat dikongsikan buat masa ni. Inilah masalahnya, bila tak online banyak pula idea dalam kepala ni. Bila dah online entah terbang ke mana.


 
hijau hazel Blog Design by Ipietoon